Ciri-ciri Vorwerk (ayam)

Ayam jantan mempunyai bulu yang serupa dengan ayam betina

Vorwerks adalah baka ayam dual-guna yang sesuai untuk pengeluaran telur dan daging. Saiz standard bagi ayam jantan adalah 2.5–3.2 kg (5.5–7.5 pound), dan ayam betina seberat 2–2.5 kg (4.5–5.5 pounds). Bagaimanapun, bagi jenis bantam di Eropah berbeza jika dibandingkan dengan versi Amerika di sebabkan ia menggunakan baka-baka yang berbeza. Di Amerika, berat ayam jantan adalah 765 gram (27 auns) dan betina 650 gram (23 auns). Akan tetapi di Eropah, ayam jantan adalah lebih berat iaitu 910 gram dan 680 gram bagi ayam betina. Ayam betina bersaiz standard merupakan ayam penelur yang baik. Ia mampu bertelur kira-kira 170 biji setahun dengan telur berwarna krim.

Vorwerk merupakan ayam yang tahan lasak dan mampu beradaptasi dengan baik. Ia peka dan aktif akan persekitaran tanpa keperluan untuk terbang. Dari segi warna bulu, kepala, leher dan ekornya berwarna hitam pekat, manakala kawasan selebihnya berwarna buff (kuning emas). Standard baka yang ideal tidak mempunyai titik hitam pada kawasan buff, tetapi secara praktikal sukar untuk dibiakkan dan dihasilkan. Vorwerk mempunyai satu balung sisir, bulu-bulu halus berwana kelabu slate, dan cuping telinga putih.[4]